Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Pembimbing Rakan Guru dan Kelab Asy-Syakirin dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan kepada semua warga IPG KPTKL untuk sama-sama hadir memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini.
Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini akan diadakan pada 25 Februari (Khamis) pada jam 11.00pg bertempat di Dewan Besar IPG KPTKL. Acara akan bermula dengan perarakan berselawat bermula dari hadapan bangunan Pusat Sumber menuju ke Dewan Besar. Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan pensyarah dikehendaki berkumpul dihadapan bangunan Pusat Sumber pada jam 11.00 pagi dengan lengkap berpakaian baju Melayu (Lelaki) dan baju kurung (wanita).
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Forum "Penghayatan Sunnah Rasulullah Memantapkan Sahsiah Pendidik" dengan menampilkan ahli panel yang terkenal iaitu Tn. Hj. Muhammah Fitri B. Abdullah (Ahli Majlis PERKIM Kebangsaan), Tn. Hj. Nicholas Sylvester B. Mohd. Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah JIM) dan Ustaz Mohd Bziyaulhak B. Hashim (Pusat Pungutan Zakat WPKL). Moderator forum ini ialah Ustaz Saiful Bahri Bin Yaziz.
- Gerai-gerai pameran dan jualan. Antara yang terlibat ialah Permata Hijrah, Shamensi Holding Sdn. Bhd., Pusat Pungutan Zakat WPKL, Lembaga Tabung Haji, dan banyak lagi.
Oleh itu, kami bagi pihak jawatankuasa penganjur menyeru semua warga IPG KPTKL agar dapat sama-sama hadir memeriahkan majlis ini.
Sekian, terima kasih.