ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN...BERSAMA KITA MENGIMARAHKAN LAGI LAMAN INTERAKTIF PEMBIMBING RAKAN GURU INI...SEBARANG CADANGAN ATAU KOMEN...SILA TINGGALKAN DIRUANGAN CHAT YANG DISEDIAKAN...WASSALAM...

Assalamualaikum w.b.t. Berikut merupakan jadual aktiviti program akan berlangsung di Kampung Bukit Bulat Alor Gajah Melaka. Sila sediakan pakaian yang bersesuaian dengan program dan profesionalisme keguruan.

Program ini akan bermula dua hari di dalam IPGM Kampus Pendidikan Teknik dan selebihnya di kampung tersebut. Diharap semua peserta yang terlibat memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Sesi 1 - Orientasi (Di Kampus IPGM KPTKL)


Sesi 2 - Kajian Lapangan (Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka)


***Klik pada jadual untuk imej yang lebih besar dan jelas.

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Monday, December 21, 2009
0 comments
categories: | edit post

Asslamualaikum w.b.t. dan salam kebahagiaan...
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penangkapan guru pelatih yang meniru dalam peperiksaan.

Tiru

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah MENGAPA PERLU MENIRU??
Anda akan berhadapan dengan pelbagai risiko dengan meniru. Jika anda tidak 'terkantoi' tidak mengapa, tetapi bagaimana sekiranya 'terkantoi'???

Bayangkan sekiranya anda terkantoi, mungkin anda akan diberhentikan. Atau paper yang anda ambil itu akan gagal dan anda dikehendaki untuk ulangan. Mungkin anda juga akan diberikan surat amaran. Surat amaran itu pula bukan untuk anda seorang sahaja, ia akan diberikan kepada waris (ibu bapa/penjaga) juga kepada penjamin-penjamin anda. Malunya tidak terkata. Bayangkan kalau sekiranya penjamin-penjamin tersebut bukan dari kalangan ahli keluarga anda, barangkali jiran atau saudara-mara anda. Satu kampung tahu anda ditangkap meniru dalam peperiksaan di kampus....

Kembali rasionalkan diri anda. Meniru bukan cara jalan yang terbaik untuk peperiksaan. Jadilah diri anda yang sebenar. Nyatakan sebab yang anda sendiri pasti mengapa anda meniru?? Yes, ANDA KURANG BERSEDIA!!!...

Maka buatlah persediaan sebelum peperiksaan dengan lebih awal. Yakin dengan diri sendiri yang anda mampu untuk melakukannya.


Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan meniru yang saya ambil dari blog Ust. Zaharuddin:

Soalan

Salam,

Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit) yang diperolehinya?

- 60138807885 -

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.

Anak murid kaki meniru itu pula akan menjadi guru di masa hadapan dan juga meniru dalam PTK nya, maka kitaran orang meniru akan menjadi semakin panjang dan kualiti semakin kurang sehingga lahirlah penganggur dan pekerja yang tidak produktif, kaki bodek dan rasuah.

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.

Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan

Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.

Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


Bagi kita sebagai seorang bakal guru cuba kita renungkan pendapat saya ini, bayangkan sekiranya kita meniru, dan kita tidak pernah terkantoi sepanjang kita disini. Semasa kita tamat pengajian, kita mendapat peluang bekerja menjadi guru, setiap bulan kita akan memperoleh gaji. Dengan gaji itu, kita beri makan pada anak isteri, ibu bapa, keluarga kita. Sedarkah kita bahawa duit yang kita beri itu adalah duit HARAM. Bayangkan kalau sekiranya asalnya itu Haram, maka sehingga habis pun ia tetap haram. Nauzubillahhiminzalik....



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Thursday, November 12, 2009
0 comments
categories: | edit post




Pembimbing Rakan Guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester tahun 2009

Semoga semua rakan-rakan dapat menjawab dengan baik dan sempurna dalam peperiksaan nanti dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

~Ikhlas daripada semua ahli PRG 2009~



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Sunday, November 1, 2009
0 comments
categories: | edit post


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua ahli dan pelanggan PRG.

Untuk pengetahuan semua ahli PRG, semua aktiviti PRG buat masa ini terpaksa dihentikan buat seketika kerana berlaku perubahan pentadbiran dan pengurusan.

Namun yang demikian, 'Core Bussines' PRG tetap berjalan seperti biasa iaitu Bimbingan Individu, Kelompok dan Struktur.

Perubahan ini akan berlaku sehingga hujung tahun ini dan akan dimaklumkan pada tahun hadapan.

Terima kasih atas sokongan semua pihak sepanjang tahun ini.

~Sekian, terima kasih~



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on
0 comments
categories: | edit post


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluananak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Diameminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotanpanjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-duakami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkattangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannyasambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidahkelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adiktak tumpah.

 
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
 
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yangberbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
 
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yangtakut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya laluberkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan akubagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolahberasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkatpra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlangdalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

 
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenungwajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
 
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampuaku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahankamu, ayah akan lakukan!"

 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawakeluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawabersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempatdia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

 
"Kak....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerjadan akan kirim wang buat akak."
 
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukupkecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemudakampung tunggu kau kat luar!"

 
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri denganpakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orangkampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yangakan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibasbebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apaorang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Diamengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadispakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

 
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Akulihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

 Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawanmenawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

 "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikankesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayahtiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacaramajlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantasmenceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakaikasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Diaberjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarahsebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa sajademi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampaibila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Ya Allah Ya Tuhanku...aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

"Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hariKiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, makaAllah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allahakan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Wednesday, August 5, 2009
1 comments
categories: | edit post


BELUM pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya. 

Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku. 

Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba- Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya. 

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba- Nya dengan kedua-duanya." 

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59) 

Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini. 

Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis." 

Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW. 

Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir. 

Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita." 

Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan. 

Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku. 

Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut. 

Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya. 

Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya. 

"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa: 

"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu". 

Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah". 

Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan. 

Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita. 

Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta? 

Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta. 

Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya. 

Hikmah di sebalik kejadian gerhana 

Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:
Menzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan. 
Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan. Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37) 
Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya. 
Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9) 
Menggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.

Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba- Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin. 

Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj? 

Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya 

Amalan sunat semasa gerhana 

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi". 
Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu. 
Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur." 
Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah." 
Memerdekakan hamba. Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Thursday, July 30, 2009
0 comments
categories: | edit post



Assalamualaikum w.b.t. dan salam kebahagiaan.

Forum yang bertajuk 'Monyetnya Cinta Kita' bakal menampilkan penceramah dan motivator hebat iaitu:

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:
Penulis blog saifulislam.com
Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS 
Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan

2. Firdaus Djamaris

Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.

Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.


3. Ustaz Ahmad Zahir Zahiruddin


Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.

Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.


Detail Program:

Tarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi-1 petang
Pendaftaran : 9.30 pagi
Tempat : INPENS, Bangi
Yuran : RM 3 (Makanan, Hadiah & Pengangkutan dari komuter Kajang disediakan)



Pengangkutan ke INSPENS

Jika anda menggunakan pengangkutan awam, 'shuttle bus' akan disediakan dari komuter Kajang.

Jika anda menaiki kenderaan sendiri, sila klik sini untuk peta.


Daftar Sekarang

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Klik Sini Untuk Mendaftar. Tempat Terhad.

Maklumat lanjut klik disini

~Syukran Jazilan~




Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Friday, July 24, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan...

Satu perjumpaan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Julai 2009

Hari : Isnin

Masa : 5 ptg

Tempat : Kantin

Semua ahli PRG sem 3 PPISMP, 2 PISMP, 4 PISMP dan B.ed QUT diwajibkan hadir, kecuali 6 PISMP yg sedang menjalani praktikum. Tetapi sekiranya sem 6 PISMP berkesempatan untuk hadir, kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

~Syukran Jazilan~

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Sunday, July 19, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

  • Perhatian kepada semua ahli PRG, sila beri saiz baju anda kepada Nurhakimah secepat mungkin.
  • Pastikan anda ukur baju dibadan sendiri yeah!!!! huhuhuhu
  • Saiz baju dalam S,M,L,XL dan XXL
  • Jangan risau sebab kalu xmuat nnt bleh tukar.
  • N last one, jgn buat2 luper nk bayar erk!! bayar RM45 ringgit untuk downpayment
  • Harga baju utk lelaki RM55 n pompuan RM60... (bayar jgn xbayar - 5x) huhuhu
  • Kalu nk tau design leh jumpe anwar (bdk encem) die ade sampel...

~Syukran jazilan~

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Friday, July 10, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

Perhatian kepada semua ahli PRG satu mesyuarat akan diadakan. Butiran berkenaan mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 Jun 2009

Masa: 5.00 petang

Tempat: Foyer Dewan Besar

P/S: Sila bawa bersama yuran semester ini (RM10). Yuran semester lepas RM10 (bg mereka yg belum bayar) dan deposit baju koprat RM45 (bg mereka yg belum bayar)

KEHADIRAN WAJIB

~Syukran Jazilan~

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Monday, June 22, 2009
0 comments
categories: | edit post

KEPADA SEMUA,
TOLONG FORWARD LA, KEJE GILA ORANG AMERIKA NI, PAKAT2 DOA SUPAYA ALLAH BALAS PERBUATAN MEREKA YG BUAT SEMACAM MENGHINA KAABAH DAN AGAMA ISLAM KITA.

In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.





Please do Forward this mail to as many peoples as you can.
We need 2 wake up and 2 stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!!
Together we can and we will Inshallah..

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Monday, June 1, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

Bersempena dengan 29 Mei 2009 esok, iaitu bersamaan dengan pembukaan kota Konstantinapol 29 Mei 1453, saya ingin kongsikan bersama semua ahli PRG dan juga yang bukan ahli untuk sama-sama menyelami kisah ini supaya kita sentiasa berazam untuk merubah diri kita kepada jalan yang diredhai. Sebenarnya kisah pahlawan Islam inilah yang sentiasa menjadi pembakar semangat saya untuk berjuang dalam PRG.

Mari sama-sama kita hayati sejarah Pemimpin Islam yang Agung ini yang telah disebut nabi 14 abad yang lalu.

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebiuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.

Kita yang sebagai bakal guru dan sebagai bakal pemimpin masa depan dimanakah kita disaat ini???

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Thursday, May 28, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

Kepada semua ahli PRG, anda semua digalakkan untuk menyertai group friendster PRG.
Pastikan anda sudah log in friendster dahulu, kemudian baru klik link dibawah.

Klik disini untuk link. Di sini

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Tuesday, May 26, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

Kepada semua ahli PRG junior, anda dikehendaki untuk menyertai Kursus Belia Benci Jenayah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Maklumat mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 hingga 31 Mei 2009
Tempat : Kem Raudhah, Gombak, Selangor

Kepada mana-mana ahli PRG Jr. yang telah membeli tiket untuk pulang ke kampung, sila batalkan atau tunda ke tarikh selepas kursus ini. Anda semua diwajibkan untuk menyertai kursus ini kecuali dengan sebab yang munasabah.

Sila rujuk Sdr. Ikhwan untuk maklumat lanjut.

"Jika kau mahu dunia hendaklah dengan ilmu, jika kau mahukan akhirat hendaklah dengan ilmu, jika kau mahu kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu."

Maksud Al-Hadith

~Syukran Jazilan~

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Sunday, May 24, 2009
0 comments
categories: | edit post


JANGAN PUTUS ASA



Kita semua pasti pernah mengalami kesusahan. Tak ada diantara kita yang tak pernah sedih, kecewa dan putus asa. Tapi kemudian janganlah larut dalam kesedihan,kekecewaa n dan putus asa, bangkitlah kembali. Semangat pantang menyerah dapat mengalahkan segalanya. Kalau kita melihat keatas,lantas mengukur musibah yang begitu besar yang kita rasakan, maka memang besar sekali musibah itu. Tapi kalau musibah yang menimpa kita itu kita lihat kebawah, ternyata kita masih boleh bersyukur, karena masih banyak orang yang lebih menderita dari diri kita. Kerana itulah, kepala ini janganlah selalu mendongak keatas. Itulah hikmah dari sujud yang kita lakukan. Kita sujud dengan cara melihat kebawah. Hanya orang yang suka melihat kebawah yang boleh bersyukur. Sebaliknya, orang yang senang melihat keatas biasanya sulit bersyukur. Salah satu hikmah bersujud adalah mengajak kita untuk menengok kebawah.


Ada dua respon terhadap kesusahan/kesedihan . Sama-sama ditimpa suatu persoalan yang sama, tetapi orang yang satu mengatakan “alhamdulillah”, sementara lainnya marah-marah kecewa. Inilah pentingnya keimanan. Tanpa keimanan, persoalan itu akan menjadi besar. Tapi dengan keimanan, sebesar apapun persoalan yang dihadapi, semuanya akan menjadi kecil. Orang yang beriman jatuhnya berkali-kali, tapi naiknya juga berkali-kali. Jatuh disatu tempat, akan diterima ditempat lain. Tapi orang yang lecewa, jatuh disatu tempat itu seperti masuk ke dalam Lumpur, sehingga takkan pernah naik kembali.

Ada juga yang mengalami kesusahan, tetapi mampu bangkit dan kembali seperti semula, bahkan bisa melebihi keadaan semula. Asalkan kita mau belajar dari kehidupan ini, kita takkan jatuh dilubang yang sama. Insya Allah selagi pernafasan kita masih keluar dan masuk, maka akan ada peluang untuk maju. Dalam Islam tidak dikenal istilah “istirahat”. Memang kita perlu istirahat didalam pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan otot dan otak, tetapi tidak ada istirahat untuk aktiviti yang memerlukan energi spiritual. Jika dilatih maka energi spiritual itu semakin matang , sehingga akan semakin kuat. Lihatlah para sufi, semakin mereka berumur, mereka semakin matang. Hal ini karena ia semakin dekat dengan Tuhan. Allah tidak pernah menimpakan kepada hamba-Nya apa-apa yang tidak sanggup di pikulnya. Semua itu sudah diukur oleh Allah. Kalau jiwa ini besar maka sebesar apapun persoalan yang dihadapi, semuanya itu akan tenggelam. Tapi kalau jiwa ini kecil, sekecil apapun persoalan itu, baginya akan terasa besar. Persoalannya kemudian adalah bagaimana membesarkan jiwa ini? Bagaimana agar jiwa ini tidak kerdil? Bagaimana melapangkan dada ini? Bagaimana agar dada ini tidak menjadi kecil?

Ibarat air didalam gelas yang awalnya bening, jika di tetesi setitis tinta hitam, maka secepat itu airnya berubah menjadi hitam. Tapi kalau airnya seluas samudera, jangankan setetes tinta, setangki tintapun takkan mampu mengubah warna air samudera. Begitu juga dengan diri kita. Kalau dada kita hanya sebesar gelas, ketika tersinggung sedikit saja, maka air muka kita menjadi merah padam atau hitam pekat. Tapi kalau dada kita seluas samudera, sebesar apapun permasalahan yang kita hadapi, kita akan selalu tenang menghadapinya, dan senantiasa optimis menghadapi segala persoalan hidup.


Adalah kesalahan besar jika kita berpikir dan meyakini bahwa kita takkan pernah menghadapi keterpurukan didalam kehidupan ini. Jika ada yang berpikiran bahwa ia akan selalu berhasil, cara berpikir seperti itu tidak realistis. Hal inilah yang menyebabkan seseorang mudah terserang stroke, karena membayangkan bahwa kehidupannya akan selalu berjalan sempurna. Seolah-olah kehidupan itu akan datar begitu-begitu saja, ataupun akan selalu naik mendaki. Tapi bagi yang berangggapan bahwa kehidupan ini fluctuate (selalu berubah naik turun), maka ketika hari ini mendapat kekecewaan maka ia yakin bahwa hari esok akan lain lagi kenyataannya.


Bagi orang yang beriman, jika dia mendapat suatu musibah, maka menurutnya itu adalah tanda bukti cinta Tuhan terhadapnya. . Sebaliknya, kalau ia mandapat nikmat, maka menurutnya itu adalah suatu cubaan dari Tuhan. Jadi, ia takkan pernah merasa mabuk atas adanya kemewahan, dan takkan pernah merasa kecewa atas adanya musibah yang menimpanya. Inilah yang dimaksud dengan al-faqir, yaitu selalu merasa fakir tak memiliki apa-apa dihadapan Allah..


Kita tidak perlu meratapi masa lampau karena tak ada gunanya. Kita harus melihat kedepan. Insya Allah orang yang mempunyai tujuan hidup, maka hidupnya akan optimis. Agama mengajarkan, orang yang bekerja separuh hati akan mengalami kelelahan hidup. Tapi orang yang bekerja dengan sepenuh hati, dia takkan pernah lelah. Kelelahan adalah tanda-tanda orang yang bekerja secara tidak ikhlas dan setengah hati.

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Thursday, May 21, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan.

Saya ingin berkongsi sebuah cerita dari sahabat saya yang berada di Indonesia. Bahasa yang digunakan juga dari seberang, tetapi kalau sahabat-sahabat yang selalu menonton siri Sinetron, rasanya tidak ada masalah untuk memahaminya. Yang penting adalah kita mengambil iktibar dari cerita ini. Sebagai peringatan kepada diri yang sentiasa lalai dan lupa.

"Bukan matamu yang buta, tetapi hatimu di dalam dada yang BUTA!!!"

''Ass, Kak. Aku baru nyampe rumah.''
Tak sabar Yayah mengirimkan SMS itu begitu tiba kembali di Tanah Air. Empat tahun lamanya ia menuntut ilmu di Al-Azhar University, Cairo. Tiga tahun di antaranya dilaluinya dengan menyimpan kenangan dan rindu kepada Qodari. Ya, lelaki asli Madura itu telah merebut hatinya sejak saat pertama menyambut kedatangannya di pagi buta, di Bandara Internasional Cairo. Bersama sejumlah senior lainnya, Qodari menjemput rombongan mahasiswa baru Al-Azhar University asal Indonesia yang merupakan peserta program beasiswa kerja sama Indonesia-Mesir.

Yayah segera saja menjadi bintang mahasiswa Al-Azhar angkatan tahun tersebut. Posturnya tinggi, dengan hidung bangir, bibir merah delima asli tanpa pulasan lipstik, dan kulit seputih kapas. Busana apa pun yang dikenakan gadis berdarah Sunda itu hanya membuatnya makin kelihatan cantik dan mempesona. Banyak kakak kelasnya yang berupaya menampakkan perhatiannya. Terutama mahasiswa tahun keempat yang sudah hampir lulus S-1 maupun mereka yang sedang menempuh jenjang pendidikan Pasca Sarjana.

Hanya Qodari yang sama sekali tak pernah memberikan sinyal khusus kepadanya. Meskipun ia tak pernah menolak jika Yayah memerlukan bantuannya. Terkadang Yayah ingin bertanya kepada kakak kelasnya, apakah Qodari sudah mempunyai calon istri. Namun ia merasa malu sendiri. Baru datang ke Mesir kok udah bicara cinta? Setahun kemudian, Qodari lulus S-1. Ia akan pulang ke Indonesia sebentar, lalu melanjutkan pendidikan S-2 di Pakistan.

Yayah dan sejumlah teman mengantarnya ke bandara. Ada yang terasa hilang di jiwanya saat sosok lelaki yang selama ini kerap mengisi relung batinnya itu menghilang dari pandangan sesaat setelah melewati imigrasi. Negeri Mesir yang indah kini terasa begitu hampa. Ketika mobil yang ditumpanginya perlahan meninggalkan bandara, matanya menatap jauh ke landasan, ke deretan burung-burung besi yang dengan angkuhnya bertengger di sana. Kalau saja ia punya sayap, ingin rasanya ia terbang dan hinggap di pesawat yang akan mengantar Qodari pulang ke Indonesia.

Betapa kejamnya Kak Qodari. Ia pergi tanpa pernah memberikan tanda apa pun kepadanya. Apakah ia begitu keras hatinya, sehingga tak mampu menangkap sinyal perasaan yang dikirimkan oleh seorang gadis -- meski itu hanya berupa wajah memerah dan sikap canggung manakala tanpa sengaja berpapasan di perpustakaan kampus, Masjid Al-Azhar, dan Wisma Nusantara yang merupakan pusat aktivitas mahasiswa Indonesia di Mesir. Padahal, lulusan terbaik Al-Azhar University dengan predikat Mumtaz itu dikenal selalu ramah dan simpatik kepada siapa pun.

Diam-diam ia pun menyesali dirinya. Kenapa ia tak berterus terang saja, atau setidaknya mengirimkan sinyal yang lebih jelas, misalnya berupa SMS yang berisi sindiran tentang cinta. Atau, mengapa ia tidak menitipkan salam lewat salah seorang kakak kelasnya yang sama-sama aktif di PPMI bersama Qodari?

''Yayah, kamu sakit?'' tanya Aisyah, melihat wajah Yayah yang agak pucat. Buru-buru Yayah menggeleng. ''Ah, tidak. Hanya kurang tidur saja,'' kilahnya. Sesaat sebelum pesawat Singapore Airlines yang akan membawanya dari Cairo ke Jakarta bersiap-siap untuk lepas landas, Qodari mengirimkan SMS: ''Bila kamu mau menjadi istriku, aku akan menunggumu.' ' Membaca SMS tersebut Yayah rasanya ingin berteriak dan melompat dari mobil. Namun ia berusaha menahan perasaannya sewajar mungkin.

''Welcome home. Jadi, kapan aku boleh datang melamarmu? Wss.'' Balasan dari Qodari selalu pendek dan to the point. Namun itu sudah lebih dari cukup. ''Aku akan bicara dulu dengan Abah. Nanti aku kabari Kakak.'' Butuh waktu sebulan, baru KH Syamsuri, ulama terpandang di Bekasi, mengizinkan Qodari datang melamar putri kesayangannya. ''Saya tunggu Jumat pagi, pukul enam,'' kata KH Syamsuri kepada Qodari, lewat telepon.

Dua tahun di Pakistan, Qodari kembali ke Tanah Air dengan menggondol gelar Master di bidang ekonomi syariah. Ia mengajar ekonomi syariah di salah satu universitas ternama di Jakarta. Ia rajin menulis di media massa, khususnya mengenai ekonomi Islam. Ia pun menjadi da'i dan sudah mulai sering tampil di acara keislaman di televisi. Tepat pukul enam kurang 10 menit, ia tiba di rumah Sang Kiai. Ulama kharismatis itu sedang duduk di beranda sambil memegang tasbih dan melantunkan zikir.

''Assalaamu' alaikum.' '
KH Syamsuri menoleh. ''Wa'alaikumsalaam. ''
Qodari segera mencium tangan Sang Kiai. ''Saya Qodari.''
''Silakan duduk.'' Suaranya terdengar berwibawa. Sorot matanya tajam.
''Terima kasih, Pak Kiai.''
Yayah menyaksikan dari dalam rumah. Hatinya berdegup kencang melihat wajah yang selalu dirindukannya itu.
''Sayang, mana tehnya?''
''Siap, Abah.''
Yayah segera mengantarkan minuman teh manis. Wajahnya terasa bersemu merah ketika Qodari menatapnya. Tanpa sengaja ia menunduk.
''Duduk di sini, sayang,'' kata KH Syamsuri.
Dengan kikuk, Yayah duduk di samping ayahnya, berhadapan dengan Qodari. ''Silakan jelaskan, apa tujuan kamu datang ke rumah saya,'' suara KH Syamsuri terdengar sangat tegas.
''Terima kasih, Pak Kiai. Saya berniat melamar Yayah untuk menjadi istri saya.''
KH Syamsuri tidak langsung menjawab. Ia menatap pemuda di hadapannya, seperti ingin mencari kepastian di matanya. Tanpa sadar, Qodari mengangguk. Yayah merasa serba salah. Ia tidak berani mendonggakkan wajahnya.
''Tadi malam kamu shalat Tahajud?'' tanya KH Syamsuri tiba-tiba.
''Ya, Pak Kiai.''
''Tadi pagi shalat Shubuh di mana?''
''Saya shalat Shubuh berjamaah di Masjid An-Nur, Perumahan Permata Timur, Kalimalang.' '
''Ya, sudah. Tiga bulan lagi kamu balik ke sini.''
Setelah itu, KH Syamsuri masuk ke dalam rumah. Qodari pun beranjak pulang. Yayah ingin protes kepada abahnya. Namun ia tidak berani. Abahnya sangat sayang kepadanya, apalagi semenjak ibunya meninggal enam tahun lalu. Namun ia sangat tegas memegang prinsip.
Tiga bulan kemudian, Qodari datang lagi. Namun hal yang sama berulang. Ia diminta datang lagi tiga bulan kemudian. Lagi-lagi, pertanyaannya sama, yakni di mana dia shalat Tahajud dan shalat Shubuh.
Hari ini, untuk yang kelima kalinya Qodari datang ke rumah KH Syamsuri. Berarti kurang lebih setahun lamanya ia melamar Yayah. Pertanyaan KH Syamsuri tetap tidak berubah.
''Saya Tahajud dilanjutkan Shubuh berjamaah di Islamic Centre Bekasi,'' sahut Qodari mantap.
''Selama setahun ini, berapa kali kamu tidak shalat Tahajud, dan berapa kali kamu tidak shalat fardhu berjamaah.''
''Alhamdulillah, tidak satu kali pun, Pak Kiai.''
Tiba-tiba KH Syamsuri bangkit dari duduknya, dan memeluk Qodari. ''Aku izinkan engkau menikahi putriku. Bimbinglah ia ke jalan yang diredhai Allah, dunia dan akhirat,'' bisiknya perlahan namun tegas di telinga Qodari.
Yayah menarik napas lega. Wajahnya tiba-tiba tersenyum sumringah.

KH Syamsuri melirik putrinya. ''Sayangku, calon suamimu berkhidmat di bidang dakwah dan pendidikan. Bagaimana ia bisa menjadi seorang dai yang istiqamah, kalau ia tidak menegakkan shalat Tahajud dan shalat fardhu berjamaah? Ketahuilah, Tahajud merupakan pakaian para Nabi, Rasul dan orang-orang saleh. Sedangkan shalat fardhu jamaah merupakan ukuran kesungguhan iman seseorang. Kamu pasti pernah membaca hadits, cukuplah untuk mengetahui seseorang itu golongan munafik atau bukan dari shalat Shubuhnya, berjamaah atau tidak.''

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Friday, May 15, 2009
0 comments
categories: | edit post

ASSALAMUALAIKUM TO ALL... HA... KEPADE SEMUE AHLI PRG DAN KEPADE SEMMUE YANG DATANG MELAWAT BLOG PRG INI... ADALAH INGIN DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA SEMUA ADALAH DIALU-ALUKAN UNTUK MELAWAT DAN SETERUSNYE MENGEMUKANA SEBARANG IDEA ANDA DI BAHAGIAN FORUM YANG TELAH DISEDIEKAN... DI SITE FORUM NEH... KITE SUME BOLEH BERBINCANG BERSAME-SAME SEBARANG ISU YANG DIKEMUKEKAN...TIDAK KIRELAH IANYA PERBINCANGAN ILMIAH ATAUPUN SAJE-SAJE... JADINYE... JOM JOIN DA FORUM... TRY IT... DAN DAFTAR A UNTUK MENGEMUKEKAN SEBARANG TOPIK... NGEEE... SLAMAT MENCOBA... JOM LAYARI FORUM http://pembimbingrakanguru.lefora.com/forum/

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Thursday, May 14, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan...
Pihak PRG dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua warga IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur untuk bersama memeriahkan majlis ini.
Majlis Malam Menggapai Bintang merupakan malam Qiamullail bersempena dengan minggu peperiksaan yang akan datang. Kemantapan bukan sahaja dari segi intelektual ini termasuklah dari segi spiritual.
Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Asy- Syakirin, IPGM KPTKL

Manakala, kepada semua ahli PRG, anda digalakkan untuk berpuasa sunnat pada hari berikutnya iaitu hari Khamis, dan kita akan bersama-sama berbuka puasa dikantin pada jam 7.00 malam. Kehadiran adalah wajib.

~Syukran Jazilan~

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Wednesday, May 13, 2009
0 comments
categories: | edit post

HOHOHOHO...ASSALAMUALAIKUM SEMUE...KINI BLOG PRG TELAH DIUPGRADE MENJADI LEBIH MENARIK DAN INTERACTIVE...JDINYE ADALAH DIHARAPKAN AGAR SEMUA DAPAT MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA UNTUK SEBAIK-BAIKNYA DALAM MENGETAHUI ISU-ISU YANG TERBARU MENGENAI PRG INI...JADI DI SINI...ADALAH DIHARAPKAN JUGA AGAR ANDA AKAN SELALU MELAYARI BLOG INI UNTUK MENGETAHUI SEBARANG PERKEMBANGAN YANG TERBARU DARI PIHAK MODERATOR...SEGALA AKTIVITI YANG SEPATUTNYA DAN JUGA YANG TERKINI BOLEH DIKETAHUI DIRUANGAN KHAS YANG TELAH DISEDIAKAN...TURUT SAMA SEBARANG PENGUMUMAN BERKENAAN DENGAN AKTIVITI PRG JUGA AKAN DIBERITAHU MELALUI BLOG INI...SEBARANG KEMUSYKILAN...ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI...SEGALA PERSOALAN INSYAALLAH AKAN KAMI UNGKAIKAN SATU PERSATU....SEKIAN SAHAJA DARI SIDANG PENGARANG...WASSALAM...

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Monday, May 11, 2009
0 comments
categories: | edit post

Ukhwah ikatan pembina insan... Bertemu kami kerna Allah... Dan berpisah kami jua kerna Allah... Bermula jam 5.00 petang 23 April 2009... Satu aktiviti jalinan kasih telah dijalankan di dalam institut sendiri... aktiviti ini telah melibatkan ahli-ahli PRG yang lama dan juga yang baru... Iaitu Senoir dan Junior... Lihat aktiviti jalinan kasih ini bersama...

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on
0 comments
categories: | edit post

Pada 18 April 2009 kami telah menjalankan satu sesi motivasi bersama dengan para pelajar tahun enam bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan... Sesi motivasi telah dijalankan pada belah malam hari dari jam 8.00 malam sehingga jam 10.00 malam... Untuk mengetahui aktiviti yang dijalankan... Layari perjalanan aktiviti kami...

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan daripada PRG.

Kepada calon-calon yang telah memohon, jadual di atas merupakan keputusan calon yang telah memohon.

Terdapat dua keputusan iaitu LULUS dan BIMBINGAN. Untuk pengetahuan semua calon, calon yang mendapat keputusan LULUS layak untuk terus menjadi ahli PRG tanpa sebarang syarat. Manakala calon yang mendapat keputusan BIMBINGAN masih boleh mengikuti semua aktiviti PRG dengan bersyarat.

BIMBINGAN bermaksud, seorang calon itu perlu mendapat bimbingan terlebih dahulu dan kemudian akan menjalani sekali lagi ujian bagi memastikan calon tersebut benar-benar memenuhi standard yang dikehendaki. Beberapa tugasan perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menjalani ujian untuk kali kedua.

Semua calon yang tertera namanya di dalam jadual dikehendaki hadir pada 14 April 2009 jam 5.00 petang bertempat Dewan Besar IPGM KPTKL. Sila bawa bersama RM10.00 untuk yuran.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr. Khairul di talian 017-2598131 atau email ke pembimbingrakanguru@yahoo.com.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Jika engkau inginkan dunia hendaklah dengan ilmu, jika engkau inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu, maka jika engkau inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu".

Klik disini untuk download keputusan: Klik disini

~Syukran Jazilan~



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Friday, April 24, 2009
0 comments
categories: | edit post

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan dari kami Pembimbing Rakan Guru.
Tiba saat dan ketikanya sekali lagi PRG harus mengorak langkah untuk maju setapak kehadapan bersama-sama dalam era globalisasi yang semakin canggih ini.

Maka, kepada sahabat-sahabat semua yang takut, malu, segan atau masih tidak mengenali ahli PRG anda masih boleh dibantu oleh kami melalui email kami iaitu pembimbingrakanguru@yahoo.com.

Kami akan membalas semula email sahabat-sahabat semua. Jika sahabat-sahabat semua memerlukan kita bersua muka, kita boleh membuat temujanji untuk berkongsi masalah sahabat-sahabat semua.

Sahabat-sahabat tidak perlu risau kerana segala data dan maklumat anda akan kami rahsia. Kerana itu adalah etika kami. Kami perlu mematuhi etika kerahsiaan.

Sahabat-sahabat juga boleh menghantar pandangan atau apa jua maklumat kepada kami menggunakan alamat email tersebut.

Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua selama ini.

"SINARI HIDUP ANDA DENGAN KEBAHAGIAAN BERSAMA P.R.G."


~Syukran Jazilan~



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on
0 comments
categories: | edit post

Kami Pembimbing Rakan Guru IPGM KPTKL mengucapkan selamat menjalani praktikum kepada semua rakan-rakan guru pelatih semester 5 dan B.ed Qut. Semoga Berjaya dan Berbahagia
"Siapa yang Berusaha Pasti akan Berjaya"

Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on
0 comments
categories: | edit post

Profile PRG...

My photo
Pembimbing Rakan Guru (PRG) mula ditubuhkan pada Julai 2008 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Teknik KL. Tujuan PRG ditubuhkan adalah untuk berkhidmat dan membantu guru pelatih yang lain, terutama yang mempunyai masalah personal. Pembimbing Rakan guru akan di latih oleh pensyarah yang dilantik sebagai persiapan menjadi pembimbing muda yang bijak mendengar masalah rakannya dan bijak pula membantu menyelesaikan masalah itu. Antara faedah utama yang akan diperoleh oleh PRG ialah mereka sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri (self awareness). Sebarang pertanyaan atau masalah boleh emailkan ke: pembimbingrakanguru@yahoo.com.

Jom CHATTING...


ShoutMix chat widget

jom JOIN DA GRUP...