ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN...BERSAMA KITA MENGIMARAHKAN LAGI LAMAN INTERAKTIF PEMBIMBING RAKAN GURU INI...SEBARANG CADANGAN ATAU KOMEN...SILA TINGGALKAN DIRUANGAN CHAT YANG DISEDIAKAN...WASSALAM...

Asslamualaikum w.b.t. dan salam kebahagiaan...
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penangkapan guru pelatih yang meniru dalam peperiksaan.

Tiru

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah MENGAPA PERLU MENIRU??
Anda akan berhadapan dengan pelbagai risiko dengan meniru. Jika anda tidak 'terkantoi' tidak mengapa, tetapi bagaimana sekiranya 'terkantoi'???

Bayangkan sekiranya anda terkantoi, mungkin anda akan diberhentikan. Atau paper yang anda ambil itu akan gagal dan anda dikehendaki untuk ulangan. Mungkin anda juga akan diberikan surat amaran. Surat amaran itu pula bukan untuk anda seorang sahaja, ia akan diberikan kepada waris (ibu bapa/penjaga) juga kepada penjamin-penjamin anda. Malunya tidak terkata. Bayangkan kalau sekiranya penjamin-penjamin tersebut bukan dari kalangan ahli keluarga anda, barangkali jiran atau saudara-mara anda. Satu kampung tahu anda ditangkap meniru dalam peperiksaan di kampus....

Kembali rasionalkan diri anda. Meniru bukan cara jalan yang terbaik untuk peperiksaan. Jadilah diri anda yang sebenar. Nyatakan sebab yang anda sendiri pasti mengapa anda meniru?? Yes, ANDA KURANG BERSEDIA!!!...

Maka buatlah persediaan sebelum peperiksaan dengan lebih awal. Yakin dengan diri sendiri yang anda mampu untuk melakukannya.


Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan meniru yang saya ambil dari blog Ust. Zaharuddin:

Soalan

Salam,

Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit) yang diperolehinya?

- 60138807885 -

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.

Anak murid kaki meniru itu pula akan menjadi guru di masa hadapan dan juga meniru dalam PTK nya, maka kitaran orang meniru akan menjadi semakin panjang dan kualiti semakin kurang sehingga lahirlah penganggur dan pekerja yang tidak produktif, kaki bodek dan rasuah.

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.

Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan

Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.

Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


Bagi kita sebagai seorang bakal guru cuba kita renungkan pendapat saya ini, bayangkan sekiranya kita meniru, dan kita tidak pernah terkantoi sepanjang kita disini. Semasa kita tamat pengajian, kita mendapat peluang bekerja menjadi guru, setiap bulan kita akan memperoleh gaji. Dengan gaji itu, kita beri makan pada anak isteri, ibu bapa, keluarga kita. Sedarkah kita bahawa duit yang kita beri itu adalah duit HARAM. Bayangkan kalau sekiranya asalnya itu Haram, maka sehingga habis pun ia tetap haram. Nauzubillahhiminzalik....



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Thursday, November 12, 2009
0 comments
categories: | edit post




Pembimbing Rakan Guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester tahun 2009

Semoga semua rakan-rakan dapat menjawab dengan baik dan sempurna dalam peperiksaan nanti dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

~Ikhlas daripada semua ahli PRG 2009~



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on Sunday, November 1, 2009
0 comments
categories: | edit post


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua ahli dan pelanggan PRG.

Untuk pengetahuan semua ahli PRG, semua aktiviti PRG buat masa ini terpaksa dihentikan buat seketika kerana berlaku perubahan pentadbiran dan pengurusan.

Namun yang demikian, 'Core Bussines' PRG tetap berjalan seperti biasa iaitu Bimbingan Individu, Kelompok dan Struktur.

Perubahan ini akan berlaku sehingga hujung tahun ini dan akan dimaklumkan pada tahun hadapan.

Terima kasih atas sokongan semua pihak sepanjang tahun ini.

~Sekian, terima kasih~



Read More
Posted by Pembimbing Rakan Guru on
0 comments
categories: | edit post

Profile PRG...

My photo
Pembimbing Rakan Guru (PRG) mula ditubuhkan pada Julai 2008 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Teknik KL. Tujuan PRG ditubuhkan adalah untuk berkhidmat dan membantu guru pelatih yang lain, terutama yang mempunyai masalah personal. Pembimbing Rakan guru akan di latih oleh pensyarah yang dilantik sebagai persiapan menjadi pembimbing muda yang bijak mendengar masalah rakannya dan bijak pula membantu menyelesaikan masalah itu. Antara faedah utama yang akan diperoleh oleh PRG ialah mereka sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri (self awareness). Sebarang pertanyaan atau masalah boleh emailkan ke: pembimbingrakanguru@yahoo.com.

Jom CHATTING...


ShoutMix chat widget

jom JOIN DA GRUP...