ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN...BERSAMA KITA MENGIMARAHKAN LAGI LAMAN INTERAKTIF PEMBIMBING RAKAN GURU INI...SEBARANG CADANGAN ATAU KOMEN...SILA TINGGALKAN DIRUANGAN CHAT YANG DISEDIAKAN...WASSALAM...


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluananak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Diameminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotanpanjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-duakami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkattangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannyasambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidahkelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adiktak tumpah.

 
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
 
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yangberbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
 
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yangtakut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya laluberkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan akubagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolahberasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkatpra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlangdalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

 
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenungwajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
 
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampuaku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahankamu, ayah akan lakukan!"

 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawakeluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawabersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempatdia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

 
"Kak....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerjadan akan kirim wang buat akak."
 
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukupkecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemudakampung tunggu kau kat luar!"

 
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri denganpakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orangkampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yangakan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibasbebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apaorang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Diamengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadispakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

 
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Akulihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

 Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawanmenawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

 "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikankesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayahtiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacaramajlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantasmenceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakaikasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Diaberjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarahsebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa sajademi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampaibila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Ya Allah Ya Tuhanku...aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

"Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hariKiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, makaAllah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allahakan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)

Posted by Pembimbing Rakan Guru on Wednesday, August 5, 2009
categories: edit post

1 Responses to KASIH SAYANG YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

  1. hasfyeirah Says:
  2. Best cter ni...sedih saya baca...kan bgs kalau sumer manusia cam 2.ehehehe

     

Post a Comment

Profile PRG...

My photo
Pembimbing Rakan Guru (PRG) mula ditubuhkan pada Julai 2008 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Teknik KL. Tujuan PRG ditubuhkan adalah untuk berkhidmat dan membantu guru pelatih yang lain, terutama yang mempunyai masalah personal. Pembimbing Rakan guru akan di latih oleh pensyarah yang dilantik sebagai persiapan menjadi pembimbing muda yang bijak mendengar masalah rakannya dan bijak pula membantu menyelesaikan masalah itu. Antara faedah utama yang akan diperoleh oleh PRG ialah mereka sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri (self awareness). Sebarang pertanyaan atau masalah boleh emailkan ke: pembimbingrakanguru@yahoo.com.

Jom CHATTING...


ShoutMix chat widget

jom JOIN DA GRUP...